Wednesday, July 19, 2017

Perginya seorang permata dari bumi Al-Falah.



DARI ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH JUALAH KITA KEMBALI.


Allahu. Hari ni dikejutkan dengan berita pemergian bekas pendidik di sekolah lama ku, Armarhum Ustaz Wan Mansor. Tak tergambar macam mana rasa hati bile dapat tahu ustaz dah tak de. Sangat3 terase benar kehilangannya. Sebaik saje dapat khabar tentang kematiannya, dalam kepala cuma teringat memori waktu tingkatan 3 dulu. Allahu.... Sedih tu Allah je yang tau. :'(


Sampai sekarang tak pernah lupe, setiap kali arwah mengajar, dan di saat tu jugak la setiap kali mataku fokus pada wajah arwah, arwah mesti tukar topik. Mesti arwah akan cakap macam ni,...


Arwah : "Huda? Mak nama Maimun kan? Adik mak nama Mahani kan? Sape lagi.. Emm... (sambil cuba nak ingat balik). Haaa!! Narimah Nara. Pastu yg tingkatan 4 ade sorang kan. Nama Nasuha. Betul x??? Tengok... Saya ingat belake nama adik-beradik mak huda. Saya ngajar dari zaman mak die lagi." (Sambil tunjuk jari die ke arah saya. Nak nye classmate yg lain tu tau.haha. Aduhaiii ustaz...)


Arwah sentiasa ulang, ulang dan ulang dialog yg sama setiap kali kelas arwah.


Dan saya pulak?? Er er errr jela... Sengeh je. Pasal malu. Orang tengok belake kan. haha. Arwah ngajar subjek i'dadi time tu. Arwah tu semangat betul dapat ingat nama adik-beradik mak pasal semua adik-beradik mak pun bekas anak murid arwah. Saya sendiri pun tak faham. Pasai paa ustaz bile tengok saya je, mesti macam tu. Mungkin sebab aura tokki kot. Tokki glemer sangat. Sebut nama Nara je. Orang dah tau dah keturunan tokki.he. (Suka hati je buat andaian.):D


Dan ke mana saje bile bertembung dengan ustaz, ustaz tak pernah kalau tak hiburkan kami. Kitorang kalau tak tersuka tak sah. Ustaz tak lokek dengan senyuman. Sangat penyayang. Susuk tubuh pun walau dah berusia, tapi pada zahir sangat Nampak gagah dan masih bertenaga. Mengalahkan orang muda. Dan, imej pakaian pon lain dari yg lain. Pasal khidmat ustaz sgt lama, maka ustaz masih kekalkan imej cikgu zaman2 dulu. Nak2 seluar. Baju tak yah cakap la. haha. Orang yg kenal ustaz je tau.


Papepun, pemergian armarhum ustaz kali ni sgt2 terkesan di hati. Seakan rasa hilangnya seorang ayah. Dan lagi terkilan, saya tak sempat bertemu mata dengan ustaz setelah sekian lama. Dan last dapat tengok jenazah ustaz diusung ke surau "hijau" untuk disembahyangkan. Allahu... Hati mane tak luluh.


Dan sekarang pun terngiang2 lagi suara die kat kepala ni. Biarlah apa orang nak kate. Tapi bagi saya, arwah dah tinggalkan kesan dalam hati ni. Pasal arwah kaya dengan sifat kasih sayangnya terhadap semua anak murid die. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. :'(



Moral :
-Jangan pernah merasa rugi bila kita berbuat baik pada orang. Jangan pernah meremehkan setitik kebaikan walau ianya cuma sebesar zarah. Berkasih sayanglah sesama manusia tanpa henti kerana kita tak tahu macam mana pengakhiran kita. Wallahu a'lam.



#justformyownmemories





Wednesday, July 5, 2017

Peredaran zaman yang agak menakutkan.




Sekadar renungan bersama . Contoh la .. Contoh je tau ..!! Jangan kecam pulak . Kalau waktu kecik dulu , curi duit mama papa 50 sen je pun , anak2 korang akan datang akan amik duit korang RM500 . haha . Nampak tak di situ?? Bukan saje2 ni . Memang terbukti ada terjadi .

Thats why la di akhir zaman ni , ma shaa Allah, warga2 pendidik pun garu kepala nak handle masalah sahsiah anak2 sekarang . Di mana silapnya ??

Maka , kita yg masih muda ni , jagalah sikap elok2 , moga anak2 akan datang tak follow jejak silam kita di waktu muda . Minta Allah lindung . Memang kita selaku manusia kompem ade kisah silamnya . Namun , selalulah mintak agar Allah jaga .


#cabaranmasakini
#mogaAllahjagakitasemua



Kami semua cucu Haji Nara. ^_^



Tak tahu lah nape suka benor menengok gambar ni haaa ..
Ni lah die tentera2 Haji Nara . Kacak , bergaya , debom2 gituuu .
Moga akhlak pun cun jugak lah ye.
Ok bye .





Wednesday, June 14, 2017

Kerana Allah sebaik-baik pembela.


Apabila jiwa kita cuma ada Allah ,
datanglah 1001 badai apa sekalipun ,
in shaa Allah, hati tak akan dirundum duka berpanjangan ...
Tak akan .

Untuk apa bersedih terlalu lama
jika kita "yakin" bahawa
Allah itu sebaik-baik pembela ..

Iye.
PEMBELA .. !!

Biarkan saja mereka ..
Biarkan mereka dengan perilaku
dan layanan tak adil mereka terhadapmu
yang mungkin bertubi-tubi cuba menjatuhkan mu.
Menyiat2 hatimu dgn lisan mereka yg tak terjaga.

Allahu .

Bukan Allah tak tahu .
Bukan Allah tak dengar .
Bukan Allah tak tengok .
Allah dah saksikan segala-galanya!

Maka ...

Kuat ,
bertahan ,
dan senyumlah ...

Serahkan sebulat2 rasa pada Sang Khaliq .
Sembunyikan deritamu.
Serlahkan kekuatan jiwamu .

Awak boleh!
Awak boleh!
Awak boleh!

Allah sayang awak . Tetaplah bertahan k . :')


LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.





Saturday, June 10, 2017

Kupu-kupu Cinta - Sigma | Lirik


video


Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
Syair-syair cinta tercipta kerna Dia

Kupu-kupu cinta
Terbanglah tinggi menuju jalanNya
Hinggaplah engkau di bunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya ilahi Rabbi
Tiada lain hanyalah namaMu
Satukan cinta ini dalam bingkai
Untaian redhaMu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati



Lagu : Kupu-kupu Cinta
Munsyid : Sigma





Saturday, June 3, 2017

Allah sentiasa membuka peluang taubat.



Allah itu maha mengetahui setiap apa yang ada dalam jantung hati kita .
Bila mana Allah memperlihatkan pada kita khilaf mahupun dosa yang dilakukan oleh orang lain di mata kita, maka jangan sesekali kita menghina mereka di luar sana seolah-olah merekalah pendosa tegar yang kekal hingga ke akhir hayatnya .

Boleh jadi golongan seperti mereka lah yang mungkin mendahului kita tika nak menjejakkan kaki di syurga . Kita sama sekali tak dapat meneka bahkan menjangka bentuk dan cara Allah menarik hati-hati mereka balik ke pangkuanNya . Ma shaa Allah , pengetahuan kita tak standing dengan pengetahuan Allah .

Cubalah baikkan hati kita .
Baikkan iman kita .
Di saat diperlihatkan kesalahan orang lain
di pandangan zahir kita .


Cara Allah didik setiap satu hambaNya tak sama.
Itu yang kita kena senantiasa ingat.




Mahligai Kasih - UNIC | Lirik


video


Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia..



Lagu : Mahligai Kasih
Munsyid : UNIC



Saturday, May 27, 2017

Proud to be myself.



Terkadang tak semua orang boleh meneka siapa diri kita dan apa yang dilalui oleh kita.

Untuk menjadi insan yg "kuat" itu bukan lah mudah. Perlu melalui fasa2 pentarbiahan yg kaw2 punye lah. Sungguh kalau dikenang kembali bagaimana utk ku menjadi siapa diri ku hari ini, seriusly, terase benar betapa. . . . . . . Allahu. Tak terkata guys.

Thats why, selagi masih diberi nikmat hidup, masih diberi jari utk menaip, akan ku kongsikan anything yg boleh menguatkan org lain bahkan menceriakan org lain. Im just wanna to see others strong too.. Happy go lucky in any condition. If i can, why not uols kan. 🙂

Diri ini mungkin tidaklah dikenali di mata dunia. Cukup hnya dikenali dalam kelompok yg kecil sahaja. Namun, seandainya Allah itu berkehendak untuk menghentikan langkah ku setakat ini sahaja, mudah2an segala2 yg pernah ku pamerkan baik dari segi tulisan, lisan dan layananku yg kengkadang agak kebudakan ni haaa to others memberi kesan yg baik buat semua. I hope..🙂

Becoz one day huda akan berlalu pergi juge... Ntah esok . Ntah luse . . atau kejap lagi ke . . hehe. Ok lah. Sekian, terima kasih bagi yg sudi membaca karangan pendek yg ntah apa2 ni. Babai.😊


Written by : Cikgu Huda



#sebarkankasihsayang
#berbagisemangat
#syukurselalu



Thursday, May 25, 2017

Manusia mudah berubah.



Manusia mudah berubah.

Kadang yang jahat boleh berubah jadi baik.
Yang baik pula jadi sebaliknya.

Kadang yg dahulunya bertudung labuh,
namun kini bertudung sekadar tutup rambut semata-mata.

Kadang yg dahulunya zuhud, namun kini
berubah menjadi seorang insan yg dambakan kemasyhuran dunia.

Kadang dahulunya penyabar,
kini berubah menjadi insan yg mudah melenting.

Tapi ada pula yg dahulunya buruk kisah silamnya.
Yang dahulunya dialah penagih dadah, dialah penzina tegar, dialah perompak terhandal,
namun kini berubah menjadi insan yg taqwanya lebih hebat dari kita
yang sedar dan faham agama ni.

Ntah la. Sama-sama renung, fikir, muhasabah.
Di mana silapnya. Saya tak nak jadi manusia yg suka menunding jari,
sebab sy sendiri pun bukan baik sangat. Mungkin kriteria di atas ada pada diri saya.
Cuma orang lain je tak perasan kot. Kot laaa ...

By the way, moga Ramadhan kali ini dapat memberi banyak perubahan yg lebih baik buat diri ini dan teman2.. Mohon tegur saya balik seandainya korang temui khilaf saya yg mana sy sendiri tak perasan. Wallahu a'lam.


#teguranbersama
#tegurtandasayang
#sayabukanbudakbaiktapipunyacita2nakjadibaik
#mogaAllahredha



Khas buat para isteri dan bakal isteri.

Isteri yang bangun tengah malam,
Minta ampun pada Allah bagi pihak suami,
Kerana dia tahu suami dia buat jahat,

Dia tahu suami dia malas solat,
Dia tahu suami dia buat dosa,
Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya.
Dia senyum semasa kematiannya.
Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri,
Kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan.
Bukan diceritakan.
Bukan di aibkan.
Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia.
Seburuk mana pun suami, dia adalah asbab isteri itu di terima ke syurga
atau di humban dalam neraka.


Rasulullah SAW bersabda :

"Mahukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata : Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau redha kepadaku."

(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)



Tuesday, May 23, 2017

Organisasi Persatuan Islam Baitul Hadhari Sesi 2010/2011

-Masih segar dalam ingatan-

video

Mood merindu kembali lagi.

Iye.
Aku rindu.
Aku rindukan suasana bergerak kerja.
Rindukan suasana meeting sampai lewat malam.
Rindukan usikan dan gelak tawa sahabat-sahabat.
Rindukan everything.

Ma shaa Allah.
Rasa itu hanya Allah taala saja yang tahu.

Dan aku tahu
bahawa
kenikmatan bergerak kerja
dalam suasana kampus itu
tak mungkin dapat
berulang kembali.

Betapa indah dan manisnya
apabila kita mencipta ukhwah
dan melakukan sesuatu perkara itu
kerana Allah.

Sungguh.
Sungguh aku rindu.



Ditulis oleh :

Nurulhuda binti Dzulkifli.
Exco Pendidikan dan Pembangunan Insan.
Persatuan Islam Baitul Hadhari Sesi 2010-2011.
UiTM Kampus Dungun, Terengganu.






Bintang Syurga. Moga Syahid cepat sembuh.

Hanya mampu meng"screen shot" je nukilan dari blog ape ntah. Lupe dah. Main klik je tadi.
Papepun, tak tergambar rasanya saat bila diuji. Kali ni Allah perlihatkan pada kita semua akan kesulitan, ketabahan dan kecekalan hidup sahabat kita, Bazli Unic yang diuji dengan
kesihatan anaknya, Syahid yang menghidap penyakit cancer. 

Boleh dikatakan hampir setiap hari saya follow perkembangan Syahid di instagram.
Subhanallah.. Meskipun sakit, si cilik Syahid ni tak banyak karenahnya. Dan apa yang membuatkan Syahid begitu istimewa adalah jiwa Syahid. Jiwa Syahid ada kalam suci Allah.
Sungguh, Syahid memang "bintang syurga"..!! Kesayangan Allah..
Moga Syahid cepat sembuh dan memberi sinar bahagia buat ibubapa Syahid.
Semoga Bazli Unic sekeluarga terus tabah mengharungi cabaran hidup.

Allah menguji orang yang hebat imannya dengan ujian yang hebat.
Moga kita semua terpilih dalam golongan yang sentiasa dikasihi dan disayangi Allah.
Aaamiiin. Aaamiiin. Aaamiiin.









Saturday, May 20, 2017

Sumber kekuatan ku.


Himpunan Harapan Semua || HARAP PGU 3.6
Briged Negeri Terengganu.
Kuala Berang, Terengganu.
20 Mei 2017.


Wednesday, May 17, 2017

Nak disayangi??


"Nak disayangi? Cuba lah belajar menyayangi orang lain lebih dari kamu sayangkan diri anda sendiri."

Woahh. My Amcar is always encem di mata kak huda. Ehem. Ehem..

Perhatian kepada sepupu sepipit di luar sinun, jangan kacau tunang kak huda ni okeh
kalau anda nak selamat lah.hahahaha. Ok, bye. 😀



Im a winner..!! Yeayy!!





** Tak bangga cikit pun dapat johan. pasal main sesama cikgu perempuan kan ape lah sgt.hahahaha. maka sy pun main ting tong ting tong juge.. 😛

By the way, hari ni adalah hari khas "kami" as pendidik. Terlebih eksaited hari ni sampai domam den dibuatnye. Papepun, alhamdulillah. Yeayy!! Dah bertahun tak kumpul benda ni. Last dapat masa jadi pengajar di Pasti Adam Kemaman tahun 2015.

Anyway, emm. Emm.. Emmm.. Cam ada chance nak mengumpul lagi lepas ni. Need to find my team. Cewaah. Nak try create hobi lain pulak. he


#ceritakelmarin
#hariguru2017



Monday, May 15, 2017

Bacause I love you mom.



Hari ni kita bahagia punya seorang ibu hingga kita lupe mungkin ada segelintir daripada pembaca2 tegar di luar sana yg mungkin baru je "kehilangan" seorang ibu. Atau mungkin punye ibu, tapi tak seberuntung kita. Faham tak? Faham tak? Hopefully faham jelah ek. So, agak2 ape perasaan mereka ye. Mesti macam2 rasa kan. Cuma mereka je dapat rasa. Kita tak. Pasal kita tak merasa.


Juga, rata2 ramai antara kita ni tahu,
bahkan faham bahawa hari ibu bukanlah disambut sekali setahun je. Tapi "hari-hari" guys.



Cuma kita selaku anak, kengkadang kita lupa untuk appreciate dan ingat lot of things that she have done to us along the dayssss dari kite kecik sampai ke beso. Ape perasaan dan pengorbanan beliau spanjang beliau membesarkan kita. Ape kesakitan beliau sepanjang bertahan dan bersabar dgn tiap satu perangai dan kekurangan kita.



Iye, "because i love you mom."


Kata2 yg aku tak pernah lafaz dgn lisan to her. Tapi hati kata?? Maa shaa Allah... Rasa tu lagi besar nikmatnya compared dari mengekspresikan melalui kata2. Cukup lah hanya Allah taala saja yg lebih maha mengetahui.


Becoz i love you mom, i just show my love through my attitude to her. And how i show rasa "hormat" and taat serta akur pada setiap bait katanya.


Mom, you are the best, ever and ever mom that i have. Thanks Allah for giving her to me. Moga Allah mudahkan langkah kita untuk jadi anak yg baik dan soleh/solehah.


And i hope, mereka2 di luar sana yg baru kehilangan ibu atau dah lama, titipkanlah doa buatnya. Jgn pernah miss mendoakan. Kuat dan tabah taw. Ujian anda hebat becoz your iman is hebat too. 🙂



Written by : Cikgu Huda



#sebarkankasihsayang
#sayangtemanselamihatiteman
#mogaAllahredha
#syukurselalu




Wednesday, May 10, 2017

The baby cat.



Apa perasaan you guys bile tengok the baby cat ni? Mesti sama kan perasaan kita?hahaha. Macam jiwang pulak. Eiii. Geli. But for me, secomel2 seindah2 the baby cat tu di mata kita, indah lagi tarbiah Rabb buat setiap insan yg hebat imannya.

Tak nak cakap byk. Sekadar nak kongsi satu lirik lagu yg memang korang tak akan jumpa di mana2 youtube or seumpama dgnnya.
I found this tanpa dijangka in my fon. Harapan sy, moga ibrah yg sy dapat, kalian pun dapat jugak even setitik kuman.


Ya. Saya sangat suka lagu ni. Sekian, terima kasih. 🙂




Tajuk lagu: "Cahaya Syurga."


Mengintai hari yang berlalu demi hari
lantas menjengah
fikiran kan Syurga nan indah.

Menghitung waktu yang berlalu demi waktu
lantas merindu
untuk bertemu Tuhan yang Maha Agung.

Cahaya Syurga dijanjikan
wahai insan beriman
mengalir putih anhar yang suci
nyaman mendamaikan.

Cahaya Syurga bersinar
seri senyuman manis
hadir menemani sang bidadari
dan singkap tabir Ilahi.

Mengungkap rasa kerinduan yang menjelma
Lantas berkirim doa selawat buat junjungan mulia.

Menyentuh jiwa kehambaan
lantas bersujud
memohon ampunan.


Lirik dan lagu : Al-Mizzi



p/s: Bagi yg mengenali diri ini, saya Nurulhuda binti Dzulkifli ingin memohon maaf buat semua teman2 andai ada tersinggungkan hati kalian samada yg sy sengaja atau di luar kesengajaan sy yep yep yep.he. Entum maafkan sy. Saya pon maafkan entum juga. Moga Allah merahmati. Babai cemuaa.. 😊

"Taqabbalallah minna soleh al-a'mal."



#auraRamadhankianterasa
#countingdays
#hidetheproblemShowLotOfSmiles



Populariti dunia?



Setiap apa yg ditulis atau anything yg dipost bukanlah untuk meng"collect" like yg banyak. Tak kesah lah samada di Fb atau WeChat atau Instagram atau sekutuan dengannye.

Namun, even berbuih mulut cakap benda yg sama pon, kita tak akan mampu nak ubah "mentaliti" negatif mereka2 di sekeliling kita. hmm.. Atoii.. Apa nak jadi ni.

Everyone has their own reasons for each thing they do. By the way, sy menulis becoz sy suka berkongsi cerita. Sy suka berkongsi my own experiences ...supaya "ibrah" yg sy dapat tu org lain pon dapat jgk. Pahe dop? Pahe dop?he.

Dan saya menulis becoz saya suka baca balik apa yg sy tulis atas asbab yg kukuhnya saya seorang yg mudah lupa. Biaselah sejak jadi bos ni, byk benda kena fikir. haha. Upss.

Ok lah. Thats all for today. Maaf andai ada tersilap kate. Anyway, berterus terang itu lebih baik. Mownink cemuaaa..



#positivemod
#pantaikijal
#praisebetohim




Ujian dan Iman.

Ujian kita tak sama.
Maka kekuatan iman kita juga tak sama.

Yang sebenarnya hidup ni tak susah pun.
Seandainya kita pandai berdamai dengan setiap
cabaran hidup yang Allah kehendaki.

In shaa Allah everything gonna be ok dengan izinNya.
Trust me. :)



Ku temui bahagia through them.



Alhamdulillah. Thanks Allah. :)

Hari ni mood spontan ntah datang dari mane. Tetibe terase nak terjun dalam dunia mereka.

Seriously, apabila mewatakkan diri sebagai "mereka", then tenggelam dalam dunia khayalan dan imaginasi mereka, it feels like......... ha ha ha uols.. They laugh and laugh and laugh again memecahkan kesunyian kelas. Dari suasana tegang, jadi waoww gitu... :D

Seriously, tahun ni tak pernah sempat nak plan apa2 before class. But Allah itu sentiasa memberi dan memberi. DIA senantiasa campak ilham on the spot yg ku sendiri pun tak expect saya akan lakukan itu. haha.



#thekafastudents
#tahun_1_ibnu_khaldun
#syukurselalu



Sahabat.


"Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang mengingatkanmu pada ketaatan,
maka genggamlah kedua tanganmu erat-erat kepadanya.
Kerana mendapatkan sahabat itu sulit,
sedang meninggalkannya amatlah mudah."

-Imam Syafi'e-



Wahai mereka yang derita jiwanya.



"Wahai mereka yang derita jiwanya."


Andai boleh ditukar jasad antara kau dan aku, ingin sekali aku bertukar posisi dengan mu.
Bukan kerana aku terlalu kuat untuk bergelut dgn masalah yg menimpamu.
Bukan kerana aku terlalu hebat untuk pikul segala bebanan mu.

Cuma aku tak sanggup.
Tak sanggup melihat kau yang masih di situ.
Yang kian tenat bersama dengan jiwamu yg kian membusuk.

Tolonglah...
Tolong lepaskan....
Segala yang mengganggu fikiranmu.


Di mana kebergantungan mu pada Tuhan?
Di mana kepercayaan mu pada Tuhan??
Apakah kau benar2 beriman dgn qada' dan qadar Tuhan??
Apakah kau benar2 beriman dgn Hari Akhirat??

Bangkit!
Dan bersihkanlah hati.
Bukan Allah tak faham kau.
Di mana nilai sabar yg sering kau lafazkan selama ni?
Di mana??


Papepun, i know, Allah itu lebih maha mengetahui bile kau akan pulih. Harapanku agar kau kembali ke pangkuan Tuhan. Ceritakan segalanya pada DIA. I want to see awak yang baru. Mudah-mudahan. :')



#tintakuselakuseorangsahabat
#jatuhbangunbersama


Permulaan baru.




Sebarkan bahagia sesama ummah.
Kita kan muslim. Moga Allah kasih kita semua.
Senyum..!!
^_^