zwani.com myspace graphic comments

Saturday, November 23, 2019

Sekali sayang, selama-lamanya sayang.




Tahun 2019 dah nak berakhir.. Alhamdulillah... Tahun ni diberi peluang lagi oleh Allah untuk berkhidmat di Pasti Nurul Ehsan, Pasir Minal, Kemaman which is pasti yg ke-4 selepas berkhidmat di Pasti Adam, Pasti Permai Jaya dan Pasir Al-Qamariah even dalam tempoh yang berbeza-beza.
 
Terima kasih Tuhan atas limpah kasih sayangMu.. Satu persatu nikmat yang KAU beri tanpa henti.. DiberiNya pengalaman-pengalaman pahit manis sepanjang aku menjadi seorang pendidik di PASTI selama 5 tahun ini ( Oktober 2014 - Disember 2019 ).


Tapi ternyata khidmatku setakat ini sahaja di Pasti.. Sungguh aku akan merindui suasana bekerja di sini yang mungkin aku tak akan dapat tika berkhidmat di tempat lain sesudah ini.. Iye, suasana bekerja dalam kalangan cekgu-cekgu perempuan sahaja dan sudah tentu keakraban tanpa batas itu tidak dapat digambarkan tika bekerja bersama-sama.. Juga dikelilingi dengan anak-anak syurga yang di bawah umur yang pelbagai ragam fe'el nya yang kadang boleh menghiburkan dan menceriakan hati. Maa shaa Allah.... Tersangatlah nikmat... :')


Terima kasih cekgu-cekgu Pasti Pasir Minal...

Cekgu Cu.
Cekgu Imah.
Cekgu Ti.
Cekgu Maiza.
Cekgu Aisyah.
Cekgu Aini.
Cekgu Tehah.
Cekgu Ma.
Mok Teh.


Aku bukanlah cekgu yang hebat.. Tapi kadang terasa hebat bila bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang hebat.. Allahu.. untuk mendidik anak-anak di bawah umur bukanlah mudah.. Perlu ada sifat sabar yang luar biasa..!! Sungguh Huda terlalu berat hati nak meninggalkan Pasti.. Antara empat Pasti yang huda pernah mengajar, Pasti Pasir Minal lah antara pasti yang huda rasakan seolah macam...

"WE ARE FAMILY".

Sangat berbeza tika berkhidmat di Pasti-pasti lain.. Allah hadirkan rasa seronok mengajar di sini tanpa tekanan kerja yang keterlaluan yang kukira boleh menjejaskan emosi dan kualiti mengajar.

Syukur sangat punya bos yang sangat-sangat positif, sentiasa memahami, penyabar dan sangat-sangat bertolak ansur dengan karenah Huda dan cekgu-cekgu yang lain.. Sudi bagi tunjuk ajar dan perbaiki kekurangan yang ada.. Sangat-sangat berhemah tika ingin menegur.. Cukup tenang huda tengok Cekgu Cu.. Huda yakin sangat, Cekgu Cu antara cekgu yang sangat-sangat berjiwa besar.. Rezeki sangat dapat bersama dengan orang yang hebat sifat sabarnya.. :)

Juga tak lupa dengan cekgu-cekgu yang lain yang tersangatlah over sporting. Kadang rasa macam adik-beradik pon ada.. Dan sudah tentu Huda akan rindukan kenakalan dan gelak tawa kalian.. Kerana kita sama-sama menaikkan nama Pasti Nurul Ehsan. Lalui jerih perih bersama membentuk anak-anak syurga jadi insan yang berakhlak baik, soleh dan pintar. :')



Dan andai diberi peluang untuk buat pilihan sama ada untuk terus berkhidmat di Pasti atau di tempat lain, sudah tentu hati Huda akan pilih Pasti.. Kerana aku bukan bekerja kerana gaji.. Biarpun gaji Pasti kecik je.. Orang kata tak padan dengan kudrat.. Namun, Huda terpaksa korbankan jiwa kat sini demi merealisasikan harapan dan impian ayah bonda dan atas sebab-sebab peribadi yang Huda sendiri tak dapat nak elak.

Wahai Allah, kerana aku kasih dan sayang sahabat-sahabat dan anak-anak didikku di sini, maka Kau rahmatilah dan jagalah mereka selalu.. Limpahkan pahala yang besar dan pahala yang berterusan buat sahabat-sahabatku di sini.. Anugerahkanlah sifat sabar dan cekal yang luar biasa buat mereka sepanjang mereka mendidik anak-anak syurga di sini.

Berbekalkan harapan yang besar dan doa agar aku diberi kekuatan, kesabaran yang tinggi dan semangat baru untuk menjalani hari-hari ku sebagai guru walau di mana saja aku ditempatkan untuk menabur bakti..



Dear Allah, tempatkanlah aku di tempat yang baik-baik..
Takdirkanku bersama dengan orang yang baik-baik..
Dan kurniakan aku punya hati yang sentiasa baik
untuk berdepan dengan segala cabaran baru sesudah ini... 


Aaaamiiin.. Aaamiiin.. Aaamiiiiin...



Ditulis oleh,
-Cekgu Huda-







No comments:

Post a Comment