zwani.com myspace graphic comments

Thursday, May 25, 2017

Khas buat para isteri dan bakal isteri.

Isteri yang bangun tengah malam,
Minta ampun pada Allah bagi pihak suami,
Kerana dia tahu suami dia buat jahat,

Dia tahu suami dia malas solat,
Dia tahu suami dia buat dosa,
Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya.
Dia senyum semasa kematiannya.
Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri,
Kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan.
Bukan diceritakan.
Bukan di aibkan.
Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia.
Seburuk mana pun suami, dia adalah asbab isteri itu di terima ke syurga
atau di humban dalam neraka.


Rasulullah SAW bersabda :

"Mahukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata : Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau redha kepadaku."

(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)



No comments:

Post a Comment