zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, May 10, 2017

Wahai mereka yang derita jiwanya.



"Wahai mereka yang derita jiwanya."


Andai boleh ditukar jasad antara kau dan aku, ingin sekali aku bertukar posisi dengan mu.
Bukan kerana aku terlalu kuat untuk bergelut dgn masalah yg menimpamu.
Bukan kerana aku terlalu hebat untuk pikul segala bebanan mu.

Cuma aku tak sanggup.
Tak sanggup melihat kau yang masih di situ.
Yang kian tenat bersama dengan jiwamu yg kian membusuk.

Tolonglah...
Tolong lepaskan....
Segala yang mengganggu fikiranmu.


Di mana kebergantungan mu pada Tuhan?
Di mana kepercayaan mu pada Tuhan??
Apakah kau benar2 beriman dgn qada' dan qadar Tuhan??
Apakah kau benar2 beriman dgn Hari Akhirat??

Bangkit!
Dan bersihkanlah hati.
Bukan Allah tak faham kau.
Di mana nilai sabar yg sering kau lafazkan selama ni?
Di mana??


Papepun, i know, Allah itu lebih maha mengetahui bile kau akan pulih. Harapanku agar kau kembali ke pangkuan Tuhan. Ceritakan segalanya pada DIA. I want to see awak yang baru. Mudah-mudahan. :')



#tintakuselakuseorangsahabat
#jatuhbangunbersama


No comments:

Post a Comment