zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, July 19, 2017

Perginya seorang permata dari bumi Al-Falah.



DARI ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH JUALAH KITA KEMBALI.


Allahu. Hari ni dikejutkan dengan berita pemergian bekas pendidik di sekolah lama ku, Armarhum Ustaz Wan Mansor. Tak tergambar macam mana rasa hati bile dapat tahu ustaz dah tak de. Sangat3 terase benar kehilangannya. Sebaik saje dapat khabar tentang kematiannya, dalam kepala cuma teringat memori waktu tingkatan 3 dulu. Allahu.... Sedih tu Allah je yang tau. :'(


Sampai sekarang tak pernah lupe, setiap kali arwah mengajar, dan di saat tu jugak la setiap kali mataku fokus pada wajah arwah, arwah mesti tukar topik. Mesti arwah akan cakap macam ni,...


Arwah : "Huda? Mak nama Maimun kan? Adik mak nama Mahani kan? Sape lagi.. Emm... (sambil cuba nak ingat balik). Haaa!! Narimah Nara. Pastu yg tingkatan 4 ade sorang kan. Nama Nasuha. Betul x??? Tengok... Saya ingat belake nama adik-beradik mak huda. Saya ngajar dari zaman mak die lagi." (Sambil tunjuk jari die ke arah saya. Nak nye classmate yg lain tu tau.haha. Aduhaiii ustaz...)


Arwah sentiasa ulang, ulang dan ulang dialog yg sama setiap kali kelas arwah.


Dan saya pulak?? Er er errr jela... Sengeh je. Pasal malu. Orang tengok belake kan. haha. Arwah ngajar subjek i'dadi time tu. Arwah tu semangat betul dapat ingat nama adik-beradik mak pasal semua adik-beradik mak pun bekas anak murid arwah. Saya sendiri pun tak faham. Pasai paa ustaz bile tengok saya je, mesti macam tu. Mungkin sebab aura tokki kot. Tokki glemer sangat. Sebut nama Nara je. Orang dah tau dah keturunan tokki.he. (Suka hati je buat andaian.):D


Dan ke mana saje bile bertembung dengan ustaz, ustaz tak pernah kalau tak hiburkan kami. Kitorang kalau tak tersuka tak sah. Ustaz tak lokek dengan senyuman. Sangat penyayang. Susuk tubuh pun walau dah berusia, tapi pada zahir sangat Nampak gagah dan masih bertenaga. Mengalahkan orang muda. Dan, imej pakaian pon lain dari yg lain. Pasal khidmat ustaz sgt lama, maka ustaz masih kekalkan imej cikgu zaman2 dulu. Nak2 seluar. Baju tak yah cakap la. haha. Orang yg kenal ustaz je tau.


Papepun, pemergian armarhum ustaz kali ni sgt2 terkesan di hati. Seakan rasa hilangnya seorang ayah. Dan lagi terkilan, saya tak sempat bertemu mata dengan ustaz setelah sekian lama. Dan last dapat tengok jenazah ustaz diusung ke surau "hijau" untuk disembahyangkan. Allahu... Hati mane tak luluh.


Dan sekarang pun terngiang2 lagi suara die kat kepala ni. Biarlah apa orang nak kate. Tapi bagi saya, arwah dah tinggalkan kesan dalam hati ni. Pasal arwah kaya dengan sifat kasih sayangnya terhadap semua anak murid die. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. :'(



Moral :
-Jangan pernah merasa rugi bila kita berbuat baik pada orang. Jangan pernah meremehkan setitik kebaikan walau ianya cuma sebesar zarah. Berkasih sayanglah sesama manusia tanpa henti kerana kita tak tahu macam mana pengakhiran kita. Wallahu a'lam.



#justformyownmemories





No comments:

Post a Comment