zwani.com myspace graphic comments

Friday, December 20, 2019

Tinta Hati


Ada ketikanya bila kita diuji, kita perlu kembali kepada apa yang
pernah kita sendiri ucapkan dan tuliskan.


-Pahrol Mohamad Juoi-



Wednesday, November 27, 2019

Cara Susun Sijil untuk Temuduga Kerajaan dan Swasta

 
Haiii semua.. Mungkin ada yang tengah survey-survey info macam mana nak susun sijil-sijil korang kann... Nak-nak ni dah nak penghujung tahun.. Memang banyak la kan offer-offer kerja baru yang company-company tengah open sekarang nihhh.. Tak kesah la sama ada yang goverment ataupun swasta..

Memandangkan saya ni boleh dikatakan baru jugak la dapat interviu hari tu.. Setelah 5 tahun tak hadap interviu-interviu nihh.. So, memang dah berkarat dah.. Habis semua benda rasa macam tak reti.. Atoiiiyaiii... he

So, tanpa membuang masa, first of all...... Ni saya cite pengalaman saya keiii.. Tapi bagi yang dah expert bab nihhh jangan kondemmm ehhh... haha.

Ok first, kompem-kompem la nak kena ada fail untuk sijil kan... So interviu hari tu, saya pilih fail colour hitam nihh.. Rasa la sikit macam professional aaannn...haha.. Perasan.. Tapi kalau korang nak warna lain pun tak de masalah.. Tapi bagi saya better hitam kot.. Kot laa... Ntah laa... Contoh la bagi yang obses dengan kaler pink, macam tak sesuai la pulak untuk pi temuduga nih kalau nak pilih fail kaler pink kaaannn... Tak pun pilih yang kaler gelap sikit keii...

Kat bawah nihh gambar fail yang saya bawak pi interviu hari tu.. Lebih kurang macam ni laaa... Tapi jangan la pulak tanya kat mana saya beli nihh haaaa... haha.. Korang pegi je mane-mane kedai buku.. Dan saya pun tak ingat dah harga berapa.. Tapi tak mahaiiii ponnn...he


Ni dari pandangan depan.. Nampak berkilat kan... Semangat edit nihhh..he


  
Ni pulak dari pandangan 3D.



Tapi kalau korang nak lagi cun, korang tampal korang punya "Nama Penuh" dan "Nombor IC" siap-siap kat fail tu.. Tak kesah la nak letak kat mana.. Kat tepi fail tu pon ok kott.. Tak pun kalau berani, tampal je kat bahagian depan fail tu.. Tapi kalau rasa tak berani, tak yah letak keiii...he


Ok setel bab fail.. Kite move kepada next step.. Tapi kaaannn.. Sebelum proceed kepada the next, next and the next stepssss, WAJIB listkan dulu apa dokumen-dokumen yang korang perlu sediakan dulu.. Pasal setiap company atau organisasi yang offer kerja tu mungkin lain-lain benda yang dorang nak korang sediakan waktu nak interviu tu.. Tapi kalau macam saya hari tu, dorang nak yang ni:


Hahaha.. Bagi besauuu sikit gambar.. Takut tak jelas font dia... he



Ok then, sebelum susun dokumen-dokumen yang dorang nak tu, korang letak la nama "Nama Jawatan yang Ditawarkan" if korang nak bagi cun sikit la kaaannn.. Tapi kalau tak nak letak pon tak pe.. Boleh skip yang ni keiii... :) 


Nah.... Ni dia contoh "Nama Jawatan yang Ditawarkan"..
Print kemas-kemas macam ni keiii...



Ok pastuuu... Barulah kite move kepada dokumen-dokumen yang dorang nak tuuu..


(1)


(2)
Tawaran panggilan temuduga daripada website.




Gambar bagi nombor (1) dan (2) , better duduk sebelah-sebelah..
Baru nampak sedap mata memandang kan kan kaaannn.... hehe..
Tapi bagi yang tak de macam pic di nombor (2), just terus je letak dokumen
dalam pic nombor (3) tu yeppp... :)



(3)
Yang ni barulah surat panggilan temuduga yang iolsss dapat tu..




Ok pastuuuu... Kite ponnn boleh la terus dengan maklumat-maklumat peribadi kita..  Hodoh-hodoh je ni.. Mungkin korang yang dah expert bab susun sijil-sijil ni lagi waoowww kottt presentation fail interviu korang kaaannnn... Kite beshe-beshe je....he. Ok next!!


(4)


 (5)
Hahh yang ni resume.. Sebenarnya dia tak mintak kepilkan pon..
Tapi saje nak menyelit jugak..haha.. Bagi panel interviu tu cuci mata siketttt...he 




Ok next!! Nak cepat habis punya pasal..



(6)


 (7)
Surat beranak original..


 (8)
Hahhh yang ni ic original iolssss.. Nampak renyukk di situuuu...



Mau tak nyeee renyukkk.. Banyak kali cabut pastu tempekkk balik kat situu..haha.. Korang tampal la cane-cane ponnn.. Janji melekat kat situu keiii... Nak kena cite jugak ke cane nak bagi melekat tu haaa...haha.. Aduiii.. Tak yah la kan.. Korang dah besar dah kannn.. haha.. Poyo je rasa bunyi..


  

Ok next guyss...!! Kite proceed pulak dengan maklumat-maklumat pendidikan kita pulak keiii...


(9)

 
 (10)


 (11)
Sijil SPM original..


 (12)


 (13)
Ok yang ni sijil berhenti sekolah.. Yang ni paling ramai tak de..


Mungkin mostly ada yang tak tahu sijil berhenti sekolah ni penting taw.. Bagi yang tak de, try pegi sekolah lama korang.. Mintak cari balik.. Hopefully masih dalam simpanan sekolah lagi lah sijil korang tuu.. Try pegi tanya dulu ye... :)





Hmmm... Rehat jap.. Letih taip banyak-banyak..





Ok sambung..!!




(14)


 (15)
Ni sijil ijazah iolsss..



Nak bagi cantik, pic nombor (14) dan (15) duduk sebelah-sebelah keiii.. hmmm... Atas korang la cane.. Lain orang, lain pandangan matanya.. eh! Yeke.. Ke salah??he.. Ikutlah pandai lah bukkkk...hehe. Pastu disusuli pulak dengan mini transkrip.. Macam biasalah... :)


 (16)


 (17)
Mini transkrip (lampiran 1) 


 (18)
Mini transkrip (lampiran 2)  




Dan yang terakhir... Baru lah korang letak sijil-sijil kokurikulum korang yang tertinggi.. Better letak yang mane berkaitan je.. Tak yah la letak banyak-banyak.. Kadang ada je yang letak sijil-sijil yang tak de kaitan langsung pun dengan bidang kerja yang ditawarkan.. So takut membosankan panel-panel yang interviu korang je nanti... Jadi, pilihlah sijil-sijil yang sesuai keiiii... :)






By the way, lupa nak bagitau... Dalam fail ni mostly nak dokumen-dokumen yang ASAL taww.. Bukan yang salinan punya ye. Nak dekat penutup baru nak cakap.haha. Ape daaaa... Ok lah.. Papepun, mane yang kurang dan ada cacat cela tu mohon dimaafkan ye..



Sekadar nak berkongsi ilmu yang tak seberapa.. Terima kasih sudi membaca di ruangan ni.. Moga Allah permudahkan urusan interviu korang semua ye..

Semangat..!!
Semangat..!!

hehe.. Bye..!! :)





Written by:
Cekgu Huda || 27 Nov 2019







Bila tiada kasih sayang dalam doa.




Biarlah video ini berbicara..
Inallaha 'aliiim.. :')




Saturday, November 23, 2019

Sekali sayang, selama-lamanya sayang.




Tahun 2019 dah nak berakhir.. Alhamdulillah... Tahun ni diberi peluang lagi oleh Allah untuk berkhidmat di Pasti Nurul Ehsan, Pasir Minal, Kemaman which is pasti yg ke-4 selepas berkhidmat di Pasti Adam, Pasti Permai Jaya dan Pasir Al-Qamariah even dalam tempoh yang berbeza-beza.
 
Terima kasih Tuhan atas limpah kasih sayangMu.. Satu persatu nikmat yang KAU beri tanpa henti.. DiberiNya pengalaman-pengalaman pahit manis sepanjang aku menjadi seorang pendidik di PASTI selama 5 tahun ini ( Oktober 2014 - Disember 2019 ).


Tapi ternyata khidmatku setakat ini sahaja di Pasti.. Sungguh aku akan merindui suasana bekerja di sini yang mungkin aku tak akan dapat tika berkhidmat di tempat lain sesudah ini.. Iye, suasana bekerja dalam kalangan cekgu-cekgu perempuan sahaja dan sudah tentu keakraban tanpa batas itu tidak dapat digambarkan tika bekerja bersama-sama.. Juga dikelilingi dengan anak-anak syurga yang di bawah umur yang pelbagai ragam fe'el nya yang kadang boleh menghiburkan dan menceriakan hati. Maa shaa Allah.... Tersangatlah nikmat... :')


Terima kasih cekgu-cekgu Pasti Pasir Minal...

Cekgu Cu.
Cekgu Imah.
Cekgu Ti.
Cekgu Maiza.
Cekgu Aisyah.
Cekgu Aini.
Cekgu Tehah.
Cekgu Ma.
Mok Teh.


Aku bukanlah cekgu yang hebat.. Tapi kadang terasa hebat bila bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang hebat.. Allahu.. untuk mendidik anak-anak di bawah umur bukanlah mudah.. Perlu ada sifat sabar yang luar biasa..!! Sungguh Huda terlalu berat hati nak meninggalkan Pasti.. Antara empat Pasti yang huda pernah mengajar, Pasti Pasir Minal lah antara pasti yang huda rasakan seolah macam...

"WE ARE FAMILY".

Sangat berbeza tika berkhidmat di Pasti-pasti lain.. Allah hadirkan rasa seronok mengajar di sini tanpa tekanan kerja yang keterlaluan yang kukira boleh menjejaskan emosi dan kualiti mengajar.

Syukur sangat punya bos yang sangat-sangat positif, sentiasa memahami, penyabar dan sangat-sangat bertolak ansur dengan karenah Huda dan cekgu-cekgu yang lain.. Sudi bagi tunjuk ajar dan perbaiki kekurangan yang ada.. Sangat-sangat berhemah tika ingin menegur.. Cukup tenang huda tengok Cekgu Cu.. Huda yakin sangat, Cekgu Cu antara cekgu yang sangat-sangat berjiwa besar.. Rezeki sangat dapat bersama dengan orang yang hebat sifat sabarnya.. :)

Juga tak lupa dengan cekgu-cekgu yang lain yang tersangatlah over sporting. Kadang rasa macam adik-beradik pon ada.. Dan sudah tentu Huda akan rindukan kenakalan dan gelak tawa kalian.. Kerana kita sama-sama menaikkan nama Pasti Nurul Ehsan. Lalui jerih perih bersama membentuk anak-anak syurga jadi insan yang berakhlak baik, soleh dan pintar. :')



Dan andai diberi peluang untuk buat pilihan sama ada untuk terus berkhidmat di Pasti atau di tempat lain, sudah tentu hati Huda akan pilih Pasti.. Kerana aku bukan bekerja kerana gaji.. Biarpun gaji Pasti kecik je.. Orang kata tak padan dengan kudrat.. Namun, Huda terpaksa korbankan jiwa kat sini demi merealisasikan harapan dan impian ayah bonda dan atas sebab-sebab peribadi yang Huda sendiri tak dapat nak elak.

Wahai Allah, kerana aku kasih dan sayang sahabat-sahabat dan anak-anak didikku di sini, maka Kau rahmatilah dan jagalah mereka selalu.. Limpahkan pahala yang besar dan pahala yang berterusan buat sahabat-sahabatku di sini.. Anugerahkanlah sifat sabar dan cekal yang luar biasa buat mereka sepanjang mereka mendidik anak-anak syurga di sini.

Berbekalkan harapan yang besar dan doa agar aku diberi kekuatan, kesabaran yang tinggi dan semangat baru untuk menjalani hari-hari ku sebagai guru walau di mana saja aku ditempatkan untuk menabur bakti..



Dear Allah, tempatkanlah aku di tempat yang baik-baik..
Takdirkanku bersama dengan orang yang baik-baik..
Dan kurniakan aku punya hati yang sentiasa baik
untuk berdepan dengan segala cabaran baru sesudah ini... 


Aaaamiiin.. Aaamiiin.. Aaamiiiiin...



Ditulis oleh,
-Cekgu Huda-







Wednesday, July 19, 2017

Perginya seorang permata dari bumi Al-Falah.



DARI ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH JUALAH KITA KEMBALI.


Allahu. Hari ni dikejutkan dengan berita pemergian bekas pendidik di sekolah lama ku, Armarhum Ustaz Wan Mansor. Tak tergambar macam mana rasa hati bile dapat tahu ustaz dah tak de. Sangat3 terase benar kehilangannya. Sebaik saje dapat khabar tentang kematiannya, dalam kepala cuma teringat memori waktu tingkatan 3 dulu. Allahu.... Sedih tu Allah je yang tau. :'(


Sampai sekarang tak pernah lupe, setiap kali arwah mengajar, dan di saat tu jugak la setiap kali mataku fokus pada wajah arwah, arwah mesti tukar topik. Mesti arwah akan cakap macam ni,...


Arwah : "Huda? Mak nama Maimun kan? Adik mak nama Mahani kan? Sape lagi.. Emm... (sambil cuba nak ingat balik). Haaa!! Narimah Nara. Pastu yg tingkatan 4 ade sorang kan. Nama Nasuha. Betul x??? Tengok... Saya ingat belake nama adik-beradik mak huda. Saya ngajar dari zaman mak die lagi." (Sambil tunjuk jari die ke arah saya. Nak nye classmate yg lain tu tau.haha. Aduhaiii ustaz...)


Arwah sentiasa ulang, ulang dan ulang dialog yg sama setiap kali kelas arwah.


Dan saya pulak?? Er er errr jela... Sengeh je. Pasal malu. Orang tengok belake kan. haha. Arwah ngajar subjek i'dadi time tu. Arwah tu semangat betul dapat ingat nama adik-beradik mak pasal semua adik-beradik mak pun bekas anak murid arwah. Saya sendiri pun tak faham. Pasai paa ustaz bile tengok saya je, mesti macam tu. Mungkin sebab aura tokki kot. Tokki glemer sangat. Sebut nama Nara je. Orang dah tau dah keturunan tokki.he. (Suka hati je buat andaian.):D


Dan ke mana saje bile bertembung dengan ustaz, ustaz tak pernah kalau tak hiburkan kami. Kitorang kalau tak tersuka tak sah. Ustaz tak lokek dengan senyuman. Sangat penyayang. Susuk tubuh pun walau dah berusia, tapi pada zahir sangat Nampak gagah dan masih bertenaga. Mengalahkan orang muda. Dan, imej pakaian pon lain dari yg lain. Pasal khidmat ustaz sgt lama, maka ustaz masih kekalkan imej cikgu zaman2 dulu. Nak2 seluar. Baju tak yah cakap la. haha. Orang yg kenal ustaz je tau.


Papepun, pemergian armarhum ustaz kali ni sgt2 terkesan di hati. Seakan rasa hilangnya seorang ayah. Dan lagi terkilan, saya tak sempat bertemu mata dengan ustaz setelah sekian lama. Dan last dapat tengok jenazah ustaz diusung ke surau "hijau" untuk disembahyangkan. Allahu... Hati mane tak luluh.


Dan sekarang pun terngiang2 lagi suara die kat kepala ni. Biarlah apa orang nak kate. Tapi bagi saya, arwah dah tinggalkan kesan dalam hati ni. Pasal arwah kaya dengan sifat kasih sayangnya terhadap semua anak murid die. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. :'(



Moral :
-Jangan pernah merasa rugi bila kita berbuat baik pada orang. Jangan pernah meremehkan setitik kebaikan walau ianya cuma sebesar zarah. Berkasih sayanglah sesama manusia tanpa henti kerana kita tak tahu macam mana pengakhiran kita. Wallahu a'lam.



#justformyownmemories





Wednesday, July 5, 2017

Peredaran zaman yang agak menakutkan.




Sekadar renungan bersama . Contoh la .. Contoh je tau ..!! Jangan kecam pulak . Kalau waktu kecik dulu , curi duit mama papa 50 sen je pun , anak2 korang akan datang akan amik duit korang RM500 . haha . Nampak tak di situ?? Bukan saje2 ni . Memang terbukti ada terjadi .

Thats why la di akhir zaman ni , ma shaa Allah, warga2 pendidik pun garu kepala nak handle masalah sahsiah anak2 sekarang . Di mana silapnya ??

Maka , kita yg masih muda ni , jagalah sikap elok2 , moga anak2 akan datang tak follow jejak silam kita di waktu muda . Minta Allah lindung . Memang kita selaku manusia kompem ade kisah silamnya . Namun , selalulah mintak agar Allah jaga .


#cabaranmasakini
#mogaAllahjagakitasemua



Kami semua cucu Haji Nara. ^_^



Tak tahu lah nape suka benor menengok gambar ni haaa ..
Ni lah die tentera2 Haji Nara . Kacak , bergaya , debom2 gituuu .
Moga akhlak pun cun jugak lah ye.
Ok bye .





Wednesday, June 14, 2017

Kerana Allah sebaik-baik pembela.


Apabila jiwa kita cuma ada Allah ,
datanglah 1001 badai apa sekalipun ,
in shaa Allah, hati tak akan dirundum duka berpanjangan ...
Tak akan .

Untuk apa bersedih terlalu lama
jika kita "yakin" bahawa
Allah itu sebaik-baik pembela ..

Iye.
PEMBELA .. !!

Biarkan saja mereka ..
Biarkan mereka dengan perilaku
dan layanan tak adil mereka terhadapmu
yang mungkin bertubi-tubi cuba menjatuhkan mu.
Menyiat2 hatimu dgn lisan mereka yg tak terjaga.

Allahu .

Bukan Allah tak tahu .
Bukan Allah tak dengar .
Bukan Allah tak tengok .
Allah dah saksikan segala-galanya!

Maka ...

Kuat ,
bertahan ,
dan senyumlah ...

Serahkan sebulat2 rasa pada Sang Khaliq .
Sembunyikan deritamu.
Serlahkan kekuatan jiwamu .

Awak boleh!
Awak boleh!
Awak boleh!

Allah sayang awak . Tetaplah bertahan k . :')


LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.





Saturday, June 10, 2017

Kupu-kupu Cinta - Sigma | Lirik




Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
Syair-syair cinta tercipta kerna Dia

Kupu-kupu cinta
Terbanglah tinggi menuju jalanNya
Hinggaplah engkau di bunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya ilahi Rabbi
Tiada lain hanyalah namaMu
Satukan cinta ini dalam bingkai
Untaian redhaMu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati



Lagu : Kupu-kupu Cinta
Munsyid : Sigma





Saturday, June 3, 2017

Allah sentiasa membuka peluang taubat.



Allah itu maha mengetahui setiap apa yang ada dalam jantung hati kita .
Bila mana Allah memperlihatkan pada kita khilaf mahupun dosa yang dilakukan oleh orang lain di mata kita, maka jangan sesekali kita menghina mereka di luar sana seolah-olah merekalah pendosa tegar yang kekal hingga ke akhir hayatnya .

Boleh jadi golongan seperti mereka lah yang mungkin mendahului kita tika nak menjejakkan kaki di syurga . Kita sama sekali tak dapat meneka bahkan menjangka bentuk dan cara Allah menarik hati-hati mereka balik ke pangkuanNya . Ma shaa Allah , pengetahuan kita tak standing dengan pengetahuan Allah .

Cubalah baikkan hati kita .
Baikkan iman kita .
Di saat diperlihatkan kesalahan orang lain
di pandangan zahir kita .


Cara Allah didik setiap satu hambaNya tak sama.
Itu yang kita kena senantiasa ingat.




Mahligai Kasih - UNIC | Lirik




Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia..



Lagu : Mahligai Kasih
Munsyid : UNIC



Saturday, May 27, 2017

Proud to be myself.



Terkadang tak semua orang boleh meneka siapa diri kita dan apa yang dilalui oleh kita.

Untuk menjadi insan yg "kuat" itu bukan lah mudah. Perlu melalui fasa2 pentarbiahan yg kaw2 punye lah. Sungguh kalau dikenang kembali bagaimana utk ku menjadi siapa diri ku hari ini, seriusly, terase benar betapa. . . . . . . Allahu. Tak terkata guys.

Thats why, selagi masih diberi nikmat hidup, masih diberi jari utk menaip, akan ku kongsikan anything yg boleh menguatkan org lain bahkan menceriakan org lain. Im just wanna to see others strong too.. Happy go lucky in any condition. If i can, why not uols kan. 🙂

Diri ini mungkin tidaklah dikenali di mata dunia. Cukup hnya dikenali dalam kelompok yg kecil sahaja. Namun, seandainya Allah itu berkehendak untuk menghentikan langkah ku setakat ini sahaja, mudah2an segala2 yg pernah ku pamerkan baik dari segi tulisan, lisan dan layananku yg kengkadang agak kebudakan ni haaa to others memberi kesan yg baik buat semua. I hope..🙂

Becoz one day huda akan berlalu pergi juge... Ntah esok . Ntah luse . . atau kejap lagi ke . . hehe. Ok lah. Sekian, terima kasih bagi yg sudi membaca karangan pendek yg ntah apa2 ni. Babai.😊


Written by : Cikgu Huda



#sebarkankasihsayang
#berbagisemangat
#syukurselalu



Thursday, May 25, 2017

Manusia mudah berubah.



Manusia mudah berubah.

Kadang yang jahat boleh berubah jadi baik.
Yang baik pula jadi sebaliknya.

Kadang yg dahulunya bertudung labuh,
namun kini bertudung sekadar tutup rambut semata-mata.

Kadang yg dahulunya zuhud, namun kini
berubah menjadi seorang insan yg dambakan kemasyhuran dunia.

Kadang dahulunya penyabar,
kini berubah menjadi insan yg mudah melenting.

Tapi ada pula yg dahulunya buruk kisah silamnya.
Yang dahulunya dialah penagih dadah, dialah penzina tegar, dialah perompak terhandal,
namun kini berubah menjadi insan yg taqwanya lebih hebat dari kita
yang sedar dan faham agama ni.

Ntah la. Sama-sama renung, fikir, muhasabah.
Di mana silapnya. Saya tak nak jadi manusia yg suka menunding jari,
sebab sy sendiri pun bukan baik sangat. Mungkin kriteria di atas ada pada diri saya.
Cuma orang lain je tak perasan kot. Kot laaa ...

By the way, moga Ramadhan kali ini dapat memberi banyak perubahan yg lebih baik buat diri ini dan teman2.. Mohon tegur saya balik seandainya korang temui khilaf saya yg mana sy sendiri tak perasan. Wallahu a'lam.


#teguranbersama
#tegurtandasayang
#sayabukanbudakbaiktapipunyacita2nakjadibaik
#mogaAllahredha



Khas buat para isteri dan bakal isteri.

Isteri yang bangun tengah malam,
Minta ampun pada Allah bagi pihak suami,
Kerana dia tahu suami dia buat jahat,

Dia tahu suami dia malas solat,
Dia tahu suami dia buat dosa,
Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya.
Dia senyum semasa kematiannya.
Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri,
Kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan.
Bukan diceritakan.
Bukan di aibkan.
Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia.
Seburuk mana pun suami, dia adalah asbab isteri itu di terima ke syurga
atau di humban dalam neraka.


Rasulullah SAW bersabda :

"Mahukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata : Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau redha kepadaku."

(Hadis Riwayat Al-Nasa'i)



Tuesday, May 23, 2017

Organisasi Persatuan Islam Baitul Hadhari Sesi 2010/2011

-Masih segar dalam ingatan-


Mood merindu kembali lagi.

Iye.
Aku rindu.
Aku rindukan suasana bergerak kerja.
Rindukan suasana meeting sampai lewat malam.
Rindukan usikan dan gelak tawa sahabat-sahabat.
Rindukan everything.

Ma shaa Allah.
Rasa itu hanya Allah taala saja yang tahu.

Dan aku tahu
bahawa
kenikmatan bergerak kerja
dalam suasana kampus itu
tak mungkin dapat
berulang kembali.

Betapa indah dan manisnya
apabila kita mencipta ukhwah
dan melakukan sesuatu perkara itu
kerana Allah.

Sungguh.
Sungguh aku rindu.



Ditulis oleh :

Nurulhuda binti Dzulkifli.
Exco Pendidikan dan Pembangunan Insan.
Persatuan Islam Baitul Hadhari Sesi 2010-2011.
UiTM Kampus Dungun, Terengganu.






Bintang Syurga. Moga Syahid cepat sembuh.

Hanya mampu meng"screen shot" je nukilan dari blog ape ntah. Lupe dah. Main klik je tadi.
Papepun, tak tergambar rasanya saat bila diuji. Kali ni Allah perlihatkan pada kita semua akan kesulitan, ketabahan dan kecekalan hidup sahabat kita, Bazli Unic yang diuji dengan
kesihatan anaknya, Syahid yang menghidap penyakit cancer. 

Boleh dikatakan hampir setiap hari saya follow perkembangan Syahid di instagram.
Subhanallah.. Meskipun sakit, si cilik Syahid ni tak banyak karenahnya. Dan apa yang membuatkan Syahid begitu istimewa adalah jiwa Syahid. Jiwa Syahid ada kalam suci Allah.
Sungguh, Syahid memang "bintang syurga"..!! Kesayangan Allah..
Moga Syahid cepat sembuh dan memberi sinar bahagia buat ibubapa Syahid.
Semoga Bazli Unic sekeluarga terus tabah mengharungi cabaran hidup.

Allah menguji orang yang hebat imannya dengan ujian yang hebat.
Moga kita semua terpilih dalam golongan yang sentiasa dikasihi dan disayangi Allah.
Aaamiiin. Aaamiiin. Aaamiiin.









Saturday, May 20, 2017

Sumber kekuatan ku.


Himpunan Harapan Semua || HARAP PGU 3.6
Briged Negeri Terengganu.
Kuala Berang, Terengganu.
20 Mei 2017.


Wednesday, May 17, 2017

Nak disayangi??


"Nak disayangi? Cuba lah belajar menyayangi orang lain lebih dari kamu sayangkan diri anda sendiri."

Woahh. My Amcar is always encem di mata kak huda. Ehem. Ehem..

Perhatian kepada sepupu sepipit di luar sinun, jangan kacau tunang kak huda ni okeh
kalau anda nak selamat lah.hahahaha. Ok, bye. 😀



Im a winner..!! Yeayy!!





** Tak bangga cikit pun dapat johan. pasal main sesama cikgu perempuan kan ape lah sgt.hahahaha. maka sy pun main ting tong ting tong juge.. 😛

By the way, hari ni adalah hari khas "kami" as pendidik. Terlebih eksaited hari ni sampai domam den dibuatnye. Papepun, alhamdulillah. Yeayy!! Dah bertahun tak kumpul benda ni. Last dapat masa jadi pengajar di Pasti Adam Kemaman tahun 2015.

Anyway, emm. Emm.. Emmm.. Cam ada chance nak mengumpul lagi lepas ni. Need to find my team. Cewaah. Nak try create hobi lain pulak. he


#ceritakelmarin
#hariguru2017



Monday, May 15, 2017

Bacause I love you mom.



Hari ni kita bahagia punya seorang ibu hingga kita lupe mungkin ada segelintir daripada pembaca2 tegar di luar sana yg mungkin baru je "kehilangan" seorang ibu. Atau mungkin punye ibu, tapi tak seberuntung kita. Faham tak? Faham tak? Hopefully faham jelah ek. So, agak2 ape perasaan mereka ye. Mesti macam2 rasa kan. Cuma mereka je dapat rasa. Kita tak. Pasal kita tak merasa.


Juga, rata2 ramai antara kita ni tahu,
bahkan faham bahawa hari ibu bukanlah disambut sekali setahun je. Tapi "hari-hari" guys.



Cuma kita selaku anak, kengkadang kita lupa untuk appreciate dan ingat lot of things that she have done to us along the dayssss dari kite kecik sampai ke beso. Ape perasaan dan pengorbanan beliau spanjang beliau membesarkan kita. Ape kesakitan beliau sepanjang bertahan dan bersabar dgn tiap satu perangai dan kekurangan kita.



Iye, "because i love you mom."


Kata2 yg aku tak pernah lafaz dgn lisan to her. Tapi hati kata?? Maa shaa Allah... Rasa tu lagi besar nikmatnya compared dari mengekspresikan melalui kata2. Cukup lah hanya Allah taala saja yg lebih maha mengetahui.


Becoz i love you mom, i just show my love through my attitude to her. And how i show rasa "hormat" and taat serta akur pada setiap bait katanya.


Mom, you are the best, ever and ever mom that i have. Thanks Allah for giving her to me. Moga Allah mudahkan langkah kita untuk jadi anak yg baik dan soleh/solehah.


And i hope, mereka2 di luar sana yg baru kehilangan ibu atau dah lama, titipkanlah doa buatnya. Jgn pernah miss mendoakan. Kuat dan tabah taw. Ujian anda hebat becoz your iman is hebat too. 🙂



Written by : Cikgu Huda



#sebarkankasihsayang
#sayangtemanselamihatiteman
#mogaAllahredha
#syukurselalu